Wednesday, November 20, 2013

Kelebihan Epal Hijau


Kelebihan Epal Hijau

epal
Fuh!! Kelebihan Epal Hijau | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca Fuh.My yang dikasihi. Haa..kali ni Luna nak kongsikan artikel tentang Kelebihan Epal Hijau pulak. Siapa yang dah baca artikel Luna yang lepas? Artikel apa? Pada episod yang lepas, Luna dah tulis pasal Kelebihan Buah Pisang.Mohon rajinkan diri terjah ya. Rugi tak terjah.
epal hijau 2 Fuh!! Kelebihan Epal Hijau
Ada tak sesiapa kat sini penggemar epal hijau? Kalau ada bagus la..Sebab epal hijau ni salah satu buah yang mengandungi antioksida yang tinggi berbanding buah-buahan yang lain.Untuk pengetahuan semua, buah yang mengandungi antioksida selain epal ialah cranberi, blueberi, strawberi, acai beri, pear, dan banyak lagi.Jom kita lihat apakah kelebihan yang ada pada buah epal hijau ini.
epal faedah 237x300 Fuh!! Kelebihan Epal Hijau
1- Membantu mencegah terbinanya kolestrol dalam salur dinding darah. Baguskan epal hijau ni, lagipun blood clot ni  bahaya dan boleh mendatangkan rencaman penyakit.
2- Membantu mengekalkan berat badan.Untuk yang sedang berdiet dan nak diet mohon malan epal hijau.Tahap antioksida epal hijau lebih tinggi daripada epal merah.
3- Mengurangkan tekanan penyakit asma. Elok amalkan bagi yang ada asma (lelah).
4- Sekarang penyakit BARAH telah menjadi pembunuh nombor 2 di Malaysia..Jadi, makanlah epal hijau.   Ia  dapat mengurangkan risiko penyakit barah.
5- Vitamin yang terkandung di bawah kulit epal mampu mencantikkan kulit. Jadi,makanlah epal dengan kulitnya sekali !!
6- Membantu bersihkan saluran usus dan pembuangan toksin dengan pantas serta efisyen menerusi sistem pencernaan.
7-Mengurangkan risiko penyakit jantung.
8- Membantu kesihatan membran paru-paru.
9- Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
10- Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
jus epal 225x300 Fuh!! Kelebihan Epal Hijau
11- Membantu masalah SEMBELIT dengan mengisar epal hijau bersama saleri dan minum setiap pagi.
Info : Bagus kita minum jus pagi-pagi..tak kisah jus buah apa pun. Jus epal hijau, jus oren ,jus lobak merah adalah yang digalakkan.
Nota Luna Nana : Jom makan epal dan minum jus epal untuk menjaga kesihatan kita . Utamakan kesihatan anda.Kepada yang “fruit addicted” ia adalah satu kelebihan kepada mereka kerana semua buah mereka suka makan.Amalkan gaya hidup yang sihat.
- See more at: http://fuh.my/fuh-kelebihan-epal-hijau/#sthash.r7YBiHBd.dpuf

Petua Mengawal Tahap Kolesterol Dalam Darah



Petua Mengawal Tahap Kolesterol Dalam Darah

Kolesterol
Petua Mengawal Tahap Kolesterol Dalam Darah Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.
Pilihan 1: Goreng garam dalam kuali hingga panas dan bungkus dengan kain. Tuamkan pada tempat yang sakit akan menyedut lemak dan kolestrol dalam darah.
Pilihan 2: Ambil beberapa ulas ubi halia. Rebuskan semua halia hingga pekat. Kemudian, ambil dalam 2 atau 3 sudu pati rebusan halia tersebut. Campurkan pula dengan sedikit gula batu serta secawan air panas. Kacaukannya hingga sebati. Minum ramuan sekali sehari. Jadikannya sebagai amalan harian.
Pilihan 3: Amalkan memakan buah kering seperti limau kering mengandungi banyak flavanoid. Flavanoid berfungsi menyingkirkan lemak jahat dan mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi daripada teh, tomato, buah delima, brokoli dan bawang.
Pilihan 4: Amalkan memakan epal sebiji setiap hari. Ia boleh mengurangkan kolesterol dalam badan anda. Ini kerana, epal mengandungi phytonutrient. Ia bertindak melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik. Anda juga boleh kisarkan epal untuk dijadikan jus.
Pilihan 5: Amalkan memakan ikan tuna. Ia merupakan sumber asid lemak omega-3. Omega-3 baik untuk melindungi tubuh anda daripada mengalami peningkatan kadar kolesterol jahat.
Pilihan 6: Jambu batu mampu menurunkan kadar kolesterol dalam badan anda. Anda disarankan memakannya setiap hari supaya khasiatnya dapat bertindakbalas pada badan anda. Jumlah pengambilan yang disyorkan adalah 2 biji setiap hari. Boleh diambil sebiji pada waktu pagi ataupun tengahari. Manakala sebiji lagi boleh dimakan pada sebelah petang atau malam.
Pilihan 7: Kacang soya kaya dengan kalsium dan mineral. Ia dapat membantu memecahkan lemak, mengurangkan kadar lemak jahat dan meningkatkan kandungan lemak baik. Biasanya kacang soya diproses bagi mendapatkan susunya. Ini kerana ia mengandungi hampir 50% protein, lesitin, vitamin dan juga zat galian. Kandungan kolesterolnya juga rendah.
Pilihan 8: Kacang tanah yang masih berkulit dan dipanggang adalah baik kerana mengandungi lemak sihat serta kaya dengan vitamin E. Ia mampu menghalang radikal bebas supaya tidak merosakkan kolesterol baik. Ia juga membantu mengelakkan diri anda daripada terkena serangan jantung.
Pilihan 9: Kismis mengandungi sebatian yang berfungsi untuk menurunkan kolesterol. Jika anda amalkan memakan 400 kalori kismis setiap hari, ia boleh menurunkan kadar kolesterol sehingga 80%.
Pilihan 10: Anda boleh mengamalkan memakan kuaci tawar samaada kuaci labu ataupun kuaci bunga matahari untuk menambah zat besi. Ia akan meningkatkan kadar kolesterol lemak jahat serta menghadkan kolesterol lemak baik.
Pilihan 11: Buah mangga mengandungi vitamin C dan boleh mencegah kolesterol jahat dalam tubuh badan anda.
Pilihan 12: Oat berfungsi menurunkan kolesterol dalam darah. Kandungan serat mudah larut boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. Anda juga boleh masukkannya dalam menu harian sebagai salah satu sumber diet rendah lemak.
Pilihan 13: Amalkan diet yang rendah lemak tepu. Kebanyakan makanan mengandungi campuran lemak tepu dan lemak tidak tepu, Jadi anda perlu memilih yang rendah lemak tepu kerana lemak jenis ini boleh meningkatkan tahap kolesterol dalam darah anda. Lemak tepu boleh ditemui dalam daging binatang, di bawah lapisan kulit ayam, produk-produk tenusu dan sesetengah minyak sayuran.
Pilihan 14: Anda boleh memilih diet yang secara keseluruhannya rendah lemak. Ini kerana, pengambilan lemak tepu adalah kurang. Jika makan di luar, memang sukar memilih kerana ramai peniaga tidak menggunakan lemak yang lebih sihat seperti minyak zaitun atau kanola.
Pilihan 15:Makan lebih kanji dan fiber. Ia lebih baik bagi menggantikan makanan yang tinggi lemak tepu. Roti, bijirin, pasta, bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja rendah lemak tepu dan kolesterol, tetapi juga sumber vitamin dan mineral. Manakala antioksiden dalam sesetengah buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan kesan kolesterol.
Pilihan 16: Diet rendah kolesterol juga boleh diamalkan. Ini bermakna anda perlu memilih makanan yang rendah kolesterol daripada daging binatang yang tinggi kandungan lemak tepu. Makanan dari sumber tumbuh-tumbuhan juga boleh mengandungi lemak tepu, tetapi tidak mempunyai kolesterol. Jika anda memilih diet yang rendah kolesteral, ia boleh mengurangkan kalori, berat badan dan obesiti. Ia baik untuk jantung anda.
Pilihan 17: Senaman fizikal mampu meningkatkan kolesterol yang baik dan mengurangkan kolesterol yang tidak baik. Anda juga dapat mengurangkan berat badan, menurunkan tekanan darah dan mempertingkatkan kesihatan jantung serta saluran darah, dan mengurangkan stres.
- See more at: http://fuh.my/petua-mengawal-tahap-kolesterol-dalam-darah/#sthash.I8wmMKeh.dpuf